Pages

NASSIER WAHAB MENINGGAL DUNIA

Thursday, December 5, 2019

Image result for nassier wahab"


Penyanyi Datuk Nassier Wahab, 57, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada jam 12.45 tengah malam tadi.

Pembantu peribadinya, Ariff Salim memberitahu, Allahyarham pergi dalam keadaan mengejut selepas muntah darah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Seperti semua sedia maklum, beliau menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri, Julai lalu. Selepas itu, beliau melakukan rawatan lanjutan seperti radioterapi dan kimoterapi.

Nama Penuh:
Mohd. Nasir bin Abd. Wahab
Nama dikenali:
Nassier Wahab
Tarikh Lahir:
18-Apr-62
Tempat Lahir:
Pulau Pinang
Meninggal dunia
5 Disember 2019 (umur 57)
Tempat Meninggal:
Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor
Dikebumikan
Tanah Perkuburan Islam Batu Belah, Klang, Selangor
Pekerjaan
Penyanyi, pelakon
Tahun aktif
1980–2019
Pasangan
Datin Fatimah Abd. Raof
Anak
Intan Najihah



Nassier Wahab, seorang penyanyi dan pelakon yang terkenal di kalangan masyarakat Malaysia. Beliau Berjaya dalam bidang muzik ini bermula sejak beliau dicalonkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) pada tahun 1987 dan 2004.

Lagu-lagu baliau
·         Bayangan Wajah Duka
·         Sebuah Janji Tak Bereti
·         Sekali Aku Jatuh Cinta
·         Undangan Rindu
·         Memori Cinta Luka

Beliau dilahirkan pada 18 April 1962 di Kota Kuala MudaKedah. Rumah keluarganya terletak di Teluk Air Tawar, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak ke-12 daripada 14 orang adik-beradik

Beliau juga pernah berlakon dalam Si Jantung bersama A. R. BadulIbrahim Din dan Faridah Fasha. Dalam drama Episod Terakhir, beliau bergandingan dengan pelakon Eman Manan dan Sheila Rusly

Beliau juga penyanyi di kelab malam di Kelab Diraja SelangorTaman Tasik PerdanaKuala Lumpur

Dalam usaha untuk meningkatkan kerjayanya, beliau telah memiliki sijil Teori Muzik dan Teknologi daripada Kolej Joseph Chamberlain, BirminghamUnited Kingdom

Pada tahun 2008, beliau dimasukkan ke ICU dan menerima rawatan rapi daripada doktor di Pusat Perubatan Subang Jaya. Beliau dikatakan cedera setelah rumahnya terbakar akibat litar pintas. Semasa kejadian, isterinya, Datin Fatimah Abd. Rauf (ketika itu berumur 45 tahun) dan anaknya, Intan Najihah (ketika itu berumur 11 tahun) tiada di rumah.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 12:45 pagi pada 5 Disember 2019 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Nassier Wahab merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza 2015.
Minggu 1: Sekali Aku Jatuh Cinta (lagu sendiri)
Minggu 2: Kau Pergi Jua (nyanyian asal Adam Ahmad)
Minggu 3: Kau Pergi Tanpa Pesan (nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau)
Minggu 4: Jangan Ada Dusta Di Antara Kita - duet bersama Rohana Jalil (nyanyian asal Broery Marantika & Dewi Yull)
Minggu 5: Di Pintu Syurga (nyanyian asal Dayang Nurfaizah)
Minggu 6: I'll Be There (nyanyian asal The Jackson 5)
Minggu 7 (suku akhir): Camellia 2 (nyanyian asal Ebiet G. Ade)
Minggu 8 (separuh akhir): Biar Putih Tulang (nyanyian asal Dinamik)
Minggu 9 (akhir): Tugasan Pertama - Gelombang Cinta (nyanyian asal Heavy Machine)
Tugasan Kedua (battle vs Farahdhiya) - Ooh! La! La! (nyanyian asal KRU)



 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS